ARTIKEL

Tempat paling mahal didiami

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOS sara hidup berbeza daripada satu negara ke negara lain.

Beberapa negara, kos sara hidupnya jauh lebih mahal daripada yang lain.

Di bahagian tempat tinggal paling mahal di dunia merupakan bandar yang terkenal dengan taraf hidup tinggi, ekonomi kukuh serta kualiti hidup lebih baik.

Apakah bandar paling mahal di dunia untuk didiami?

Menurut tinjauan Kos Sara Hidup Seluruh Dunia Unit Perisikan Ekonomi, Singapura dan Zurich, Switzerland berada di tempat teratas bagi kos hidup paling tinggi.

Hal ini kerana Zurich merupakan peneraju ekonomi Switzerland dan terkenal di seluruh dunia sebagai kota kewangannya.

Justeru kos perumahan, barangan runcit, pengangkutan dan makan di restoran di Zurich amat tinggi, sekali gus menjadi tempat yang paling mahal.

Dengan ekonomi kukuh dan permintaan tinggi untuk pekerja mahir, kos sara hidup di Zurich juga mencerminkan kualiti hidup bandar tersebut.

Sementara negara jiran kita, Singapura walaupun negaranya tidak begitu besar, tetapi Singapura mempunyai ekonomi kukuh dan taraf hidup yang tinggi.

Bagaimanapun semua itu membawa faktor harga tinggi, dengan penduduk berdepan dengan perbelanjaan tinggi untuk perumahan, pengangkutan dan barangan dan perkhidmatan harian.

Populariti Kota Singa sebagai hab kewangan global dan reputasinya untuk keselamatan dan imej kebersihannya menyumbang kepada kos sara hidup yang tinggi.

Selain itu, di Oslo, Norway, juga terkenal dengan kos sara hidup yang terlalu tinggi.

Hal ini kerana Norway secara konsisten berada di kedudukan antara negara yang mempunyai taraf hidup dan sistem kebajikan sosial tertinggi.

Namun begitu, kos hidupnya terlalu tinggi terutamanya di bandar seperti Oslo, melibatkan perbelanjaan untuk perumahan, utiliti dan makanan di luar adalah antara yang tertinggi di dunia.

Ekonomi Norway yang kukuh ditambah lagi dengan faedah sosialnya yang besar, menyumbang kepada kos sara hidup yang tinggi di Oslo.

Selain itu, antara yang sering disenarai paling mahal di dunia termasuk Tokyo Jepun, Hong Kong dan Copenhagen, Denmark.

Ekonomi maju, gaji tinggi Bandar-bandar ini terkenal dengan ekonomi maju, gaji tinggi dan kemudahan yang diingini, tetapi penduduk terpaksa membayar harga premium untuk menikmati keistimewaan hidup di pusat bandar yang dinamik dan makmur itu.

Bagaimana pula negara kita, Malaysia? Malaysia pula terkenal dengan kos sara hidup yang agak sederhana berbanding dengan kebanyakan negara Barat.

Keadaan ini menjadikan negara kita sebagai destinasi menarik untuk para ekspatriat, pesara, dan nomad digital yang mencari gaya hidup mampu milik tetapi selesa.

Namun begitu, kos sara hidup di Malaysia berbeza-beza bergantung pada faktor seperti lokasi, pilihan gaya hidup dan peribadi.

Sebagai contoh kos perumahan di Malaysia juga berbeza-beza bergantung dengan bandar tersendiri, contohnya Kuala Lumpur yang merupakan ibu kota negara.

Disebabkan Kuala Lumpur merupakan ibu kota Malaysia, ia cenderung mempunyai harga sewa lebih tinggi berbanding bandar lain atau kawasan luar bandar.

Golongan ekspatriat juga selalunya memilih kondominium atau pangsapuri perkhidmatan, yang terdiri daripada harga berpatutan hinggalah pada harga mewah bergantung dengan lokasi dan kemudahan yang ada.

Kesimpulannya, walaupun kos sara hidup berbeza dengan ketara dari satu negara ke negara lain, bandar-bandar tertentu secara konsisten berada antara paling mahal disebabkan faktor ekonomi kukuh, taraf hidup tinggi dan kemudahan kualiti hidup yang lengkap.

Penduduk di kawasan bandar ini menikmati banyak faedah tetapi dalam masa yang sama menghadapi kos perbelanjaan besar

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU