KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti bakal memperkenalkan templat atau borang khusus bagi permohonan pemberian dana kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar.
Menterinya, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, ia bagi memudahkan pihak NGO memohon geran peruntukan sekali gus tidak lagi memerlukan permohonan melalui kertas kerja.
“Tidak semua orang pandai membuat kertas kerja, malah kadangkala kertas kerja yang dihantar kepada kita tidak mempunyai maklumat yang mencukupi.
“Jadi kita memperkenalkan templat khusus, hanya memerlukan pihak NGO mengisi data-data yang diperlukan seperti nombor pendaftaran pertubuhan, tujuan permohonan, sasaran, nama program, peruntukan diperlukan dan sebagainya,” katanya.
Mengulas lanjut ujarnya, tujuan pengenalan templat tersebut juga bagi memastikan pihak NGO memenuhi kriteria tadbir urus baik dengan dana yang dipohon digunakan selari garis panduan kementerian.
“Jadi dengan kita menyediakan templat yang sudah mempunyai garis panduan diperlukan, maka ia turut berupaya mengurangkan salah guna dan masalah pada masa hadapan,” jelasnya.
Tambahnya, beliau akan mengarahkan pegawai bertanggungjawab untuk segera menyiapkan templat khusus tersebut dalam masa terdekat.

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred
KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan


