ARTIKEL

Gambar hiasan

Tempoh reman selebriti miliki dadah disambung empat hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Tempoh reman seorang selebriti tempatan yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja disambung empat hari hingga Ahad ini, kata Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman.

Norhizam berkata proses sambung reman itu dibuat selepas kes berkenaan dirujuk kepada Majistret Mahkamah Sepang Muhammad Bukhori Md Ruslan berikutan tempoh reman lelaki berusia 41 tahun itu tamat hari ini.

“Tempoh reman selebriti ini disambung empat hari. Hari ini kes dirujuk kepada Majistret Muhammad Bukhori,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahad lepas, selebriti lelaki itu ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang di sebuah rumah teres di Cyberjaya di sini.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.– BERNAMA

BERITA LAIN

KDN lulus 225 permohonan kewarganegaraan di Sarawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan sebanyak 225 daripada 722 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di Sarawak bagi tempoh 2024

BERITA TERBARU