ARTIKEL

Tenang di pedalaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAYA selalu mendengar cerita pengalaman rakan media yang membuat liputan di pedalaman.

Kedengaran menyeronokkan, saya juga teringin membuat liputan dan merasai bagaimana rasanya tinggal di kawasan tersebut.

Baru-baru ini, saya ditawarkan pengusaha kawasan ekopelacongan Wong Radak untuk membuat liputan di pedalaman.

Perjalanan dari Kuching ke Pantu mengambil masa kurang dua jam dan setibanya di sana, kami dibawa ahli jawatankuasa kawasan ekopelancongan menaiki kenderaan pacuan empat roda ke Wong Radak.

Sebelum ini saya tidak tahu akan kewujudan tempat ini, cuma apabila dimaklumkan oleh rakan sekerja, ia menarik perhatian saya untuk pergi sendiri ke kawasan tersebut.

AIR TERJUN

Wong Radak merupakan ekopelancongan tempatan mempunyai air terjun yang cantik.

“Wong” bermaksud air terjun, “Radak” bermaksud suara yang besar.

Air terjun deras menghasilkan bunyi yang kuat dan boleh didengar sejauh 2 kilometer.

Dalam perjalanan, tiada liputan telekomunikasi, malah perkara itu dimaklumkan lebih awal kepada kumpulan kami.

Ia merupakan pengalaman pertama saya melalui off road atau laluan bukan jalan raya di dalam hutan yang mencabar sehingga mengakibatkan saya mabuk darat.

Walaupun memilih untuk duduk di depan bagi mengurangkan sedikit gegaran, namun saya tetap berasa mual dan pening memandangkan ia kali pertama.

Seperti kata rakan sekerja saya yang berbangsa Penan, dan tinggal di Long Lama, Baram; “sebab itu apabila orang tanya aku tidak balik kampung, sukar untuk menjawab kerana perjalanan ke rumah aku seperti ini sepanjang tiga jam.”

Hampir dua jam perjalanan disusuli dengan berjalan kaki menuruni bukit Wong Radak selama lebih kurang 15 minit.

Letih itu hilang secara tibatiba selepas melihat keindahan air terjun Wong Radak.

Sebaik sahaja tiba di Wong Radak, kami terus disajikan dengan makan tengah hari — ayam pansuh dan nasi ruas.

PENGALAMAN

Ia merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan menikmati makanan dengan deruan air terjun.

Selepas makan, tanpa berlengah kami dibawa ke air terjun Wong Radak yang dikatakan mempunyai tiga peringkat tinggi.

Pendakian kami hanya mengambil masa lebih kurang satu jam dari rumah inap Wong Radak ke lokasi.

Tidak dinafi kan laluan agak mencabar bagi saya kerana melalui hutan hujan.

Syukur alhamdulillah, kunjungan kami di sini turut disertai oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman.

Persiapan dari segi keselamatan amat diutamakan.

Selepas menamatkan pendakian pada 5 petang, acara yang sangat ditunggutunggu pun tiba.

Berenang di air terjun Wong Radak sangat menyegarkan walaupun warnanya tidak jernih, namun ia bersih.

Selepas mandi, kami dihidangkan makan malam, ikan segar, ayam dan sosej bakar, dicicah sambal kicap pedas, tidak terkata nikmatnya.

Walaupun tiada akses Internet dan tidak berhubung dengan orang luar, saya berasa sangat tenang.

Kami berkenalan dengan penduduk kampung Tuba dan tidur di rumah inap Wong Radak.

Tiada kipas, apatah lagi pendingin hawa, deruan angin dan deras air terjun sudah cukup menyejukkan malam kami.

Jauh dari hiruk-pikuk dan kesibukan bandar, bagi saya Pantu ialah lokasi wajib kunjung untuk destinasi menenangkan di pedalaman.

BERITA LAIN

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan