ARTIKEL

This handout picture taken and released by the Royal Thai Army on December 14, 2025 shows rescuers collecting the body of a Thai civilian killed during border clashes with Cambodia in Sisaket province. The Thai army said in a statement that the 63-year-old man died from shrapnel after Cambodian forces fired rockets into a civilian area. (Photo by Handout / ROYAL THAI ARMY / AFP) / XGTY / RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO / ROYAL THAI ARMY" - HANDOUT - NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS

Tentera Thailand isytihar kawasan berisiko tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Tentera Thailand mengumumkan pengisytiharan Teluk Thailand sebagai kawasan berisiko tinggi. Menurut media Thailand, langkah itu bertujuan memutuskan laluan laut yang digunakan untuk mengangkut bekalan ketenteraan ke Kemboja, lapor Xinhua.

Dalam satu hantaran di media sosial pada Isnin, Markas Angkatan Tentera Diraja Thailand menjelaskan yang langkah itu merupakan langkah berjaga-jaga.

Ia menegaskan yang tindakan itu tidak bermakna Teluk Thailand ditutup sepenuhnya dan tidak akan menjejaskan kapal dari negara ketiga.

Pada sidang media mengenai situasi di sempadan ThailandKemboja yang diadakan pada Isnin, Jurucakap Kementerian Luar Thailand Nikorndej Balankura berkata kementerian menghantar surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia untuk mengemukakan aduan terhadap serangan rambang oleh Kemboja ke atas Thailand, termasuk serangan yang menyasarkan kawasan awam.

Menurut taklimat jurucakap Kementerian Pertahanan pada Ahad, pusingan terbaharu pertempuran antara Thailand dan Kemboja meragut nyawa 16 anggota tentera Thailand dan mencederakan lebih 320 yang lain.

Setakat petang Isnin, 13 orang awam dilaporkan terbunuh dan lebih 260,000 penduduk dipindahkan. — Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali