ARTIKEL

Terbaru, 142 negara sokong Palestin jadi anggota PBB, AS dan Israel tetap menolak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Majlis Umum PBB di New York pada Jumaat, 10 Mei semalam dengan suara majoriti menyokong Palestin menjadi anggota penuh PBB.

Sebanyak 142 negara menyokong resolusi yang mahu Palestin diterima menjadi anggota penuh PBB dan menggesa Dewan Keselamatan mempertimbangkan semula isu ini dengan baik.

Sebanyak 21 negara berkecuali dalam pengundian tersebut, manakala Amerika Syarikat, Israel, Argentina, Czech, Hungary, Micronesia, Nauru, Palau dan Papua New Guinea menolak.

Pungutan suara oleh Majlis Umum yang mempunyai 193 negara itu merupakan survei global atas sokongan Palestin menjadi anggota penuh PBB setelah AS memveto usaha tersebut di Dewan Keselamatan PBB
pada 18 April lepas.

“Kami menginginkan perdamaian, kami menginginkan kebebasan,” kata Duta Besar Palestin untuk PBB, Riyad Mansour, kepada Majlis Umum sebelum pungutan suara, sebagaimana dilaporkan AFP.

Mansour berkata, di bawah Piagam PBB, keanggotaan terbuka untuk “negara yang mencintai perdamaian”.

Sementara itu, Duta Besar Israel untuk PBB, Gilad Erdan, menuduh majlis tersebut merobek Piagam PBB, sebagaimana dikutip Reuters.

Permohonan menjadi anggota penuh PBB sememangnya harus dipersetujui oleh Dewan Keselamatan dan kemudian Majlis Umum.

Bagaimanapun, sekalipun langkah ini dipersetujui oleh Majlis Umum, sekali lagi ia masih berdepan dengan kuasa veto AS di Majlis Keselamatan PBB.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Hamzah cadang agensi khas urus projek RTP

KUCHING: Sebuah agensi khas dicadangkan bagi menyelaras pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempercepat penyiapan projek pembangunan dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat. Ahli

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan