ARTIKEL

Beregu profesional Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mara ke peringkat akhir Terbuka Artik selepas berjaya menewaskan Liang Wei Keng-Wang Chang dari China. - Foto: BERNAMA

Terbuka Artik 2024: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke peringkat akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu profesional lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, berpeluang untuk meraih gelaran ketiga mereka pada tahun ini.

Mereka mara ke peringkat akhir Terbuka Artik 2024 di Vantaa, Finland, semalam.

Dalam aksi separuh akhir di Anergia Areenadi, pasangan pilihan kelima dan juara Terbuka China 2024 itu mencipta kejutan sensasi ke atas pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chan.

Mereka bangkit daripada kekalahan pada set pertama untuk menang 19-21, 21-17, 21-18 dalam pertarungan selama 62 minit. 

Gandingan nombor lapan dunia itu akan menentang sama ada pilihan kedua Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark atau Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dari Thailand.

Mereka dijadual bersaing dalam satu lagi aksi separuh akhir lewat semalam.

Bekas juara remaja dunia, Nelson Heg-Teo Ee Yi merupakan satu-satunya beregu lelaki Malaysia yang pernah bergelar juara bagi acara Super 500 itu pada edisi 2013.

Sementara itu, cubaan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, untuk mara ke final tersekat.

Mereka tewas kepada pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 14-21, 8-21. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.