ARTIKEL

Kredit: Bernama

Terbuka Hong Kong: Cabaran Jun Hao tersekat di suku akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Hasrat pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao untuk mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong 2025 tidak kesampaian apabila tewas kepada pilihan kedua kejohanan dari China Li Shi Feng, semalam.

Dalam aksi suku akhir di Hong Kong Coliseum, pemain ranking ke-23 dunia itu memaksa Shi Feng mengerah keringat sebelum akur tewas 20-22, 21-14, 20-22 dalam tempoh sejam 18 minit.

Kekalahan itu merupakan yang keenam buat Jun Hao dalam tujuh pertemuan mereka setakat ini, sekali gus menutup kempen perseorangan lelaki negara di kejohanan Super 500 berkenaan.

Esok, Shi Feng akan bertemu pemain Perancis Christo Popov pada perlawanan separuh akhir.

Sementara itu, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut kandas di suku akhir selepas disingkirkan wakil China yang juga pilihan kedua kejohanan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 16-21, 10-21. — Bernama

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU