Terima kasih abam bomba

SARIKEI: Tanpa mengira situasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat terus menghulurkan sumbangan bakti kepada masyarakat sejajar dengan visi agensi itu, menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi.

Khidmat itu tidak hanya terbatas pada manusia sebaliknya haiwan seperti kes seekor anjing yang terperangkap di dalam parit di Jalan Lian Soon di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Naruddin berkata, empat anggota yang diketuai Sylvester Lenja Lipi bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.18 petang.

“Setibanya di tempat kejadian, kami mendapati seekor anjing uzur terperangkap dalam longkang berair.

“Kita bertindak menarik keluar haiwan itu dari longkang sebelum menyerahkannya semula kepada pemiliknya. Operasi tamat pada 4.37 petang,” katanya.

Suara Sarawak