ARTIKEL

Terima kasih YB… beli semua udang galah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Udang galah yang dijual seorang pelajar tingkatan lima menarik perhatian Menteri Muda Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh untuk singgah membelinya di Stubah dekat sini, kelmarin.

Shakira Mujah, 17, tidak menyangka kesemua jualannya diborong oleh pemimpin berkenaan yang kebetulan singgah di gerai itu ketika dalam perjalanan ke Tanjung Manis.

“Semua udang ini ditangkap oleh bapa saya di Sungai Stubah.

“Terima kasih Yang Berhormat (YB) kerana sudi singgah,” katanya.

Udang jualan Pelajar SMK Bintangor itu menjadi viral selepas dipaparkan menerima portal Lembah Rajang dan mendapat perhatian lebih 14,000 tontonan.

Difahamkan udang terbabit dijual dengan harga RM50 hingga RM60 sekilogram mengikut saiz.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat