SAMARAHAN Crocodile Hunters melihat potensi buaya untuk diternak sebagai sumber ekonomi baharu bagi nelayan darat.
Pengarahnya Datuk Idris Buang berkata, pihaknya masih mencari teknologi yang sesuai bagi merealisasikan idea tersebut.
“Kita juga masih memerlukan tunjuk ajar, sokongan kewangan daripada kerajaan untuk membangunkan industri menternak buaya.
“Daripada menjadi ancaman, baik kita bangunkan industri ini.
“Buaya kecil kita ternak, kulit di bahagian perut boleh diambil dan diproses untuk dikomersialkan.
“Kita guna buaya atau kita dimakan buaya?,” katanya ketika ditemu bual Suara Sarawak di pejabatnya di Samarahan.
Beliau yang juga Adun Muara Tuang berkata, industri ini tidak mustahil dilakukan memandangkan sudah dilaksana di Sabah, Filipina dan Australia.
“Samarahan Crocodile Hunters kalau boleh menggunakan lesen dan panduan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk mengalihkan semua buaya di kawasan hulu sungai.
“Semua buaya kecil dan telur akan dialih dan meminta SFC meletakkan kawasan tersebut sebagai zon buaya.
“Kawasan tersebut kita akan bina pagar dan anak buaya akan diberikan cip pintar untuk mengesan pembesaran dan pergerakannya,”ujarnya.
Idris berkata, buaya besar dan memberikan ancaman hanya akan dibunuh dengan kebenaran pihak berkuasa.
“Kita mengumpul anggota termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba dan nelayan darat yang tahu dengan sungai termasuk perbadanan kerajaan.
“Jadi beberapa individu di sini mempunyai pengalaman menangkap dan membunuh buaya besar.
“Ada antara mereka mempunyai lesen senjata api.
“Mereka mempunyai lesen yang sah SFC untuk mencari, menangkap dan membunuh buaya,”jelasnya.
Menurutnya, Samarahan Crocodile Hunters ditubuhkan 19 Disember tahun lalu untuk menangani ancaman buaya terhadap penduduk kampung khususnya di Sungai Meranek.
Sebagai rekod sehingga kini, empat ekor buaya berjaya ditangkap.

Abang Johari kunjungi Tun Taib
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun