ARTIKEL

SUDARNOTO (dua kiri) dan Profesor Ballantine pada majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di Kuching.

Teroka peluang dalam penyelidikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Universiti Canterbury (UC) bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) bagi meneroka peluang dalam penyelidikan, inovasi digital dan keusahawanan antara Sarawak dan New Zealand.

Dekan Eksekutif UC Business School Profesor Paul Ballantine berkata, kerjasama ini akan meningkatkan inovasi digital dan pendidikan, sekali gus mewujudkan peluang berharga untuk pelajar, penyelidik dan komuniti di keduadua negara.

“UC percaya hubungan antarabangsa yang kukuh mampu memberi impak sebenar di peringkat tempatan. 

“Dengan bekerjasama dalam sektor-sektor ini, kita dapat berkembang maju dalam ekonomi global yang berubah dengan pantas.

“Kerjasama kami dengan SDEC menandakan bab seterusnya dalam hubungan jangka panjang antara UC dan Malaysia,” katanya.

Sementara, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC Datuk Ir. Ts. Sudarnoto Osman berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) ini mencerminkan visi bersama-sama untuk menghubungkan ekosistem dan mempercepatkan pertumbuhan digital melalui penyelidikan dan inovasi.

“Kami berharap dapat berkongsi kepakaran, membangunkan bakat dan bersama-sama mencipta penyelesaian berimpak yang akan memajukan ekonomi digital Sarawak,” katanya.

MoU tersebut menekankan keselarasan matlamat SDEC dan UC untuk membina kerjasama antarabangsa dan mewujudkan impak berkekalan.

Pada masa sama, membuka peluang kerjasama untuk meneroka dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi yang menyokong ekonomi digital.

Selain itu, ia membantu mempromosi dan memupuk inovasi digital di kedua-dua buah negara, serta membangunkan model kerjasama inovatif untuk mengukuhkan ekosistem penyelidikan teknologi dan teknologi mendalam (deep tech) yang berkembang maju.

MoU ditandatangani semasa pertemuan yang diadakan di Pejabat SDEC, menghimpunkan wakil kedua-dua pihak untuk membincangkan potensi kerjasama dalam penyelidikan digital, pertukaran teknologi dan inisiatif berasaskan inovasi.

Kerjasama strategik ini selaras dengan aspirasi Sarawak di bawah Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 (PCDS) 2030 dan Pelan Induk Ekonomi Digital Sarawak 2030, yang memberi tumpuan kepada penyelidikan, inovasi dan keusahawanan.  

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,