ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor. - Foto: Fail BERNAMA

Terpedaya ‘phone scam’, pesara wanita rugi RM108,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara berputih mata apabila wang simpanan dan pinjaman peribadinya sebanyak RM108,000 lesap setelah ditipu sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor, berkata pada 10 Januari lepas, mangsa wanita berusia 61 tahun itu telah dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai wakil insurans.

Beliau berkata suspek mendakwa kononnya nama mangsa telah disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab bagi urusan tuntutan insurans sebanyak RM63,000.

“Panggilan telefon itu kemudian disambungkan kepada individu kononnya anggota polis.

“Suspek mendakwa satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mangsa atas kesalahan pengubahan wang haram.

“Mangsa diarah membuka akaun baharu di sebuah bank tempatan, dan berkongsi maklumat perbankan dengan suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata wanita itu, yang ketakutan dan panik, telah memindahkan wang berjumlah RM45,000 daripada akaun Tabung Haji miliknya ke akaun baharu itu.

Dia turut membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 yang dipindahkan ke akaun baharu seperti diarah suspek, kononnya bagi membersihkan nama dan mengelak ditangkap.

“Mangsa kemudian membuat tiga lagi transaksi berjumlah RM13,000 ke dua akaun berbeza, menjadikan jumlah keseluruhan kerugian mencecah RM108,000,” katanya.

Beliau berkata wanita itu membuat laporan polis petang semalam setelah menyedari diri ditipu, dan kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TAG: pesara, penipuan, panggilan telefon, ACP Azli Mohd Noor, Kuala Terengganu

BERITA LAIN

Kepercayaan memakan diri

DUA hari lalu, polis Saratok mendedahkan seorang wanita warga emas dari Kabong terpedaya oleh seorang bomoh palsu dari Sibu. Terpedaya itu bukan seribu dua, belasan

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

Hari keterubah richah

SRI AMAN: Kompleks Lumba Sri Aman kemari richah laban mensia mayuh udah belabuh ngelawa Program Sarawakku Sayang (SKS) Sri Aman ti diatur tiga hari berunggu