ARTIKEL

Terpedaya skim pelaburan, wang simpanan lebih RM300,000 lesap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Wang simpanan seorang ahli perniagaan sebanyak RM324,201.05 lesap setelah terjerat dalam sindiket penipuan pelaburan yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menawarkan keuntungan tinggi.

“Pada 20 Mac lalu, mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai peniaga persendirian telah melayari laman Facebook dan berminat dengan iklan pelaburan saham yang
menawarkan keuntungan sebanyak 50 peratus.

“Mangsa kemudiannya telah menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor yang tertera di iklan pelaburan dan telah diarahkan untuk memuat naik aplikasi ‘DCMA Trading’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkipli berkata lagi, dari 18 April sehingga 12 Mei 2023 mangsa telah membuat pembayaran pelaburan berjumlah RM 324,201.05
dalam 11 kali transaksi ke tiga akaun bank tempatan.

“Mangsa berasa curiga dan menyedari telah terpedaya selepas
gagal mengeluarkan keuntungan yang diperoleh dan panggilannya disekat,” jelas beliau.

Menurutnya, mangsa tampil membuat laporan polis semalam (Rabu) dan kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

Aidil Mahu The Cats Bangkit Di Laman Sendiri

KUCHING: Kekalahan tipis 0-1 kepada Gangwon FC di Korea Selatan tidak mematahkan keyakinan Kuching City FC untuk memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2)

BERITA TERBARU

Aidil Mahu The Cats Bangkit Di Laman Sendiri

KUCHING: Kekalahan tipis 0-1 kepada Gangwon FC di Korea Selatan tidak mematahkan keyakinan Kuching City FC untuk memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2)