ARTIKEL

TERRA MUSIC 2025 …HIMPUN KOMUNITI KREATIF

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RUKUNTV bakal melakar sejarah dengan penganjuran Terra Music 2025, sebuah festival muzik berskala besar yang julung kali diadakan pada 22 November ini di pekarangan Cats FM, bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam.

Acara ini bukan sekadar konsert, tetapi festival penuh warna yang menghimpunkan muzik, seni, komuniti dan gaya hidup dalam satu ruang yang meriah dan inklusif.

Pengarah Teknikal Terra Music 2025, Harun Din Kamsani, berkata barisan artis utama festival ini menampilkan dua nama besar dari Indonesia, Efek Rumah Kaca dan Barasuara, yang akan menghangatkan pentas utama jam 2.00 petang hingga 11.00 malam.

Mereka turut disokong oleh enam kugiran hebat dari Kuching, menggambarkan komitmen RukunTV dalam mengetengahkan bakat tempatan, di samping menarik perhatian peminat muzik serantau.

“Selain persembahan muzik, Terra Music 2025 turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung serentak di lokasi acara.

“Antaranya ialah pertandingan skateboard yang dijangka menarik minat komuniti aksi ekstrem, pertunjukan motosikal ubah suai dan pameran seni oleh pelajar UNIMAS.

“Tidak ketinggalan sesi audio siar (podcast) khas yang membincangkan topik kelestarian dalam industri kreatif, satu usaha penting dalam memupuk kesedaran generasi baharu.

“Para pengunjung juga boleh menikmati deretan vendor gaya hidup yang menawarkan pakaian, aksesori serta hidangan daripada vendor tempatan,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Bagi memastikan acara ini terus berkembang dan memberi impak yang meluas, ujarnya, Terra Music 2025 memperkenalkan dua kategori penajaan, iaitu Penajaan Korporat dan Penajaan SME.

Setiap pakej penajaan dirangka untuk memberi manfaat maksimum kepada rakan penaja, termasuk promosi di media sosial Terra Music dan tiket percuma mengikut tahap yang dipilih.

Untuk kategori SME, terdapat tiga pakej utama. Antaranya ialah Bronze (RM2,000), Silver (RM3,500) dan Gold (RM5,000).

Setiap tahap menawarkan nilai tambah seperti promosi media sosial, tayangan video jenama, ruang edaran brosur dan sebutan semasa acara.

Bagi syarikat atau jenama yang ingin memaksimumkan pendedahan, pakej korporat menawarkan tiga pilihan lebih eksklusif, iaitu Quartz (RM25,000), Platinum (RM35,000) dan yang tertinggi, Diamond (RM50,000).

Pakej premium ini menyediakan penjenamaan istimewa pada ruang acara, penyebutan media, serta peluang menjadi penaja utama bagi segmen-segmen festival tertentu.

Justeru, Terra Music 2025 bukan sekadar festival, ia adalah platform untuk menghubungkan komuniti, memperkasakan bakat tempatan dan mengukuhkan ekosistem kreatif Sarawak.

Penajaan bukan hanya memberi nilai promosi, tetapi juga merupakan penyertaan dalam mengangkat martabat seni dan budaya Borneo ke tahap yang lebih tinggi.

Dengan pendedahan media yang luas, ribuan pengunjung dan kehadiran artis serantau, Terra Music 2025 ialah peluang emas untuk setiap jenama tampil menonjol sambil menyokong komuniti kreatif tempatan.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU