ARTIKEL

Terus berinspirasi, jangan mudah mengalah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSAINGAN dalam bidang keusahawanan menyebabkan ramai yang mengambil pendekatan baharu dalam mengusahakan perniagaan.

Mengintai peluang perniagaan, Suhaimi Said beralih kepada produk kraf yang kini semakin mendapat tempat dalam pasaran.

Pengasas Mie Creative berusia 41 tahun itu menyediakan perkhidmatan kraf ukiran kayu menggunakan teknologi laser.

“Sebenarnya saya mencari satu model perniagaan yang berbeza, tambahan pula ketika ini kita berdepan cabaran ekonomi tidak menentu.

“Sebelum ini saya mengusahakan perniagaan minyak wangi, namun persaingan terlalu banyak menyebabkan saya mengambil keputusan bertukar angin kepada perniagaan.

Dengan pengalaman dimiliki dalam seni kreatif, Suhaimi atau mesra dengan panggilan Mie mengambil peluang tersebut menukar model perniagaan.

“Memandangkan saya mempunyai pengalaman dalam bidang kreatif, kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya.

“Pernah terlibat dalam kerja kreatif, jadi saya terfikir mencuba perkara baharu dan berbeza,” katanya.

Tambahnya, di Sarawak masih belum ramai yang menggunakan kaedah tersebut dalam menghasilkan ukiran kayu.

Justeru, Suhaimi terus mengorak langkah memberanikan diri menguasahakan model perniagaan baharu itu yang kini mendapat sambutan.

“Sambutan setakat ini sangat luar biasa kerana ia merupakan produk baharu di Kuching khususnya ketika membuka gerai di acara besar.

“Buat masa sekarang, perniagaan ini masih beroperasi di rumah, kebanyakan pelanggan tidak datang ke rumah.

“Jadi kami menyertai pelbagai program yang diadakan di Kuching.

“Saya mengambil peluang tersebut sebagai platform menerima tempahan dan pada masa yang sama menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran digital,” ujarnya.

TEKNOLOGI LESER

Bercerita soal produk jualannya, Suhaimi berkata, dia menggunakan papan lapis sebagai bahan utama dalam ukiran kayu.

Berbeza dengan ukiran sebelum ini biasanya dihasilkan menggunakan gergaji kecil.

“Produk ini dihasil menggunakan laser, rekaan dibuat menggunakan komputer sebelum proses pemotongan dilakukan mengguna mesin khas.

“Pada awalnya ukiran dibuat menggunakan laser sebelum dipotong mengikut saiz dan reka bentuk berdasarkan permintaan pelanggan,” katanya.

Ditanya cabaran dihadapi sepanjang mengusahakan perniagaan tersebut kata Suhaimi, cabarannya adalah dari segi bahan mentah (kayu).

Pemilihan kayu penting memastikan papan lapis itu tidak mengembang terutama ketika proses membakar.

“Aspek kualiti amat ditekan dalam soal ini, termasuk pemilihan kayu yang digunakan.

Jika kita menggunakan papan lapis khas, dari segi kos agak tinggi dan bekalan hanya boleh didapati di Semenanjung Malaysia,” jelasnya.

Antara cabaran lain ialah rekaan kerana setiap permintaan pelanggan diambil kira sebagai kepuasan.

Reka bentuk ukiran yang diminta perlu dihasilkan secara percubaan terlebih dahulu.

Jelasnya, ia perlu melalui peringkat percubaan sebelum mengukir kayu seperti ditempah pelanggan.

Suhaimi berharap perniagaan ini dapat terus memberikan inspirasi untuk menghasilkan rekaaan baharu termasuk menerapkan nilai tempatan dan antarabangsa.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan