ARTIKEL

Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi bersama pelajar-pelajar SPM 2025 SMK Tun Abang Haji Openg

Terus fokus, jangan berputus asa hadapi SPM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi memberi suntikan semangat baharu kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Dr. Abdul Rahman berkesempatan mengunjungi lima sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai merangkumi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong, SMK Tun Abang Haji Openg, SMK Bandar Samariang, SMK Agama Matang 2 dan Sekolah Seni Malaysia Sarawak.

Kunjungan di bawah Program Motivasi SPM 2025 bertemakan ‘Cemerlang Milikku’ itu dianjurkan Biro Pendidikan Pantai Damai yang dipengerusikan oleh Mohd Hasfa Saleh.

Dalam kunjungan tersebut, Dr. Abdul Rahman sempat berinteraksi bersama pelajar, guru dan pentadbiran sekolah dengan menitipkan nasihat agar calon SPM mempersiapkan diri dengan penuh disiplin dan keyakinan.

“Jangan mudah berputus asa, teruskan usaha dan fokus.

“SPM adalah salah satu titik penting dalam kehidupan, tetapi ia bukan pengakhiran segalanya. Anggaplah ia sebagai peluang untuk buktikan kemampuan diri,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap pendidikan kerana ia merupakan asas utama dalam membina masa depan negara.

Lawatan keempat-empat sekolah berkenaan mendapat sambutan hangat dengan kehadiran ratusan pelajar yang berpeluang mendengar amanat dan berkongsi pengalaman bersama pemimpin berkenaan.

Abdul Rahman berinteraksi dengan pelajar SMK Bandar Samariang.
Menyampaikan sijil penyertaan Program Motivasi SPM kepada waki pelajar SMK Santubong.
Menyampaikan sijil kepada wakil pelajar-pelajar yang menyertai program Motivasi di SMK Bandar Samariang.
Bersama pelajar-pelajar SPM 2025 SMK Bandar Samariang.
Bersama pelajar-pelajar SPM 2025 SMK Santubong.
Bersama pelajar-pelajar SPM 2025 SMK Agama Matang II.
Menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil pelajar SMK Tun Abang Haji Openg

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha