ARTIKEL

Tesla Panggil Semula 13,000 Kenderaan Elektrik Akibat Kegagalan Penyentuh Bateri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Gergasi kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat (AS) Tesla memanggil semula kira-kira 13,000 kenderaan Model 3 dan Model Y 2026 kerana masalah pada komponen pek bateri, umum Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

“Tesla, Inc. (Tesla) memanggil semula kenderaan Model 3 2025 dan Model Y 2026 tertentu. Penyentuh pek bateri mungkin gagal berfungsi, menyebabkan kehilangan kuasa pemanduan,” menurut NHTSA dalam satu kenyataan.

NHTSA memberi amaran bahawa kegagalan penyentuh pek bateri dan kehilangan kuasa yang berpunca daripadanya boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Menurut kenyataan itu, hampir 13,000 kenderaan berpotensi terjejas akibat panggilan semula itu.

Ia menambah bahawa Tesla akan menggantikan penyentuh itu secara percuma dan surat pemberitahuan dijangka dihantar kepada pemilik kenderaan pada 9 Dis. — BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Pawagam China bukan sekadar tempat tonton filem

BEIJING: Nilai pengeluaran keseluruhan rantaian industri perfileman China dianggarkan mencecah 480 bilion yuan (RM294 bilion) sejak awal tahun ini, sekali gus menandakan pertumbuhan yang mampan.

BERITA TERBARU