ARTIKEL

FOTO TVS

Thailand bersedia jayakan pembukaan Sukan SEA Ke-33

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

UPACARA pembukaan Sukan SEA Ke-33 di Thailand pada 9 Disember ini dijangka mengembalikan nostalgia temasya serantau yang bermula di negara itu lebih enam dekad lalu, sekali gus menghidupkan semula semangat “Kita Satu, Kembali Bersatu”.

Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Atthakorn Sirilatthayakorn berkata persembahan pembukaan yang akan diadakan di Stadium Nasional Rajamangala turut digarap bagi menghargai sejarah penganjuran awal, ketika temasya itu dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara Semenanjung (SEAP).

“Thailand menjadi antara pengasas utama temasya itu (Burma, Laos, Malaysia, Vietnam Selatan dan Singapura) sebelum diperluas kepada negara serantau lain.

“Persiapan upacara pembukaan kini berada pada tahap diyakini dan edisi kali ini mampu menyerlahkan kemampuan Thailand mengurus penganjuran besar,” katanya pada sidang media persiapan Sukan SEA Ke-33 di Bangunan Suruhanjaya Penyiaran Kebangsaan (NBC), di sini hari ini.

Ujarnya, walaupun berdepan cabaran sejak Oktober lalu, beliau yakin upacara pembukaan nanti tetap memukau dengan persembahan utama mempamerkan gabungan seni, budaya dan kreativiti Thailand dalam bentuk lebih moden.

Atthakorn ketika bercakap dalam sidang media – (TVS – Faitullah Morni)

“Setiap segmen persembahan membawa mesej tertentu yang mencerminkan kekuatan identiti Thailand.

“Kami mahu dunia melihat kemampuan rakyat Thailand menghasilkan persembahan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Atthakorn turut memaklumkan bahawa konsep penganjuran memberi keutamaan besar kepada prinsip mesra alam.

“Kita mungkin tidak dapat mencapai sepenuhnya, tetapi standard baharu penganjuran hijau tetap dapat diwujudkan dan usaha itu selaras dengan dasar kerajaan mempromosi acara sukan berimpak rendah terhadap alam sekitar.

“Penganjuran hijau ini boleh menjadi penanda aras untuk acara sukan atau pelancongan negara pada masa depan,” jelasnya.

Beliau turut mengesahkan bahawa penyalaan obor temasya akan dilaksanakan dengan pendekatan baharu yang meminimumkan pencemaran, kekal ikonik tanpa memberi kesan kepada komuniti sekitar Stadium Rajamangala.

Atthakorn berkata suasana istimewa itu hanya hadir sekali sejak kali terakhir penganjuran negara berkenaan pada 2007.

Katanya, penonton antarabangsa juga boleh mengikuti majlis pembukaan melalui rakan penyiar di negara masing-masing.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i