ARTIKEL

Thailand mulakan rundingan tidak rasmi dengan Myanmar bagi sempurnakan usaha Asean hentikan keganasan – MFA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BANGKOK: Kerajaan sementara Thailand menganjurkan mesyuarat tidak rasmi pada Isnin melibatkan negara yang terjejas akibat situasi di Myanmar untuk membantu menyokong usaha ASEAN menamatkan keganasan di negara jiran yang diperintah junta.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Thailand (MFA) menyatakan mesyuarat tidak rasmi itu tidak diadakan dalam rangka kerja ASEAN.

Mesyuarat itu dijangka dihadiri wakil peringkat tinggi dari Laos, Kemboja, Myanmar, India, China, Brunei dan Vietnam.

Setakat ini tiga negara anggota utama ASEAN – Malaysia, Singapura dan Indonesia – menyatakan mereka tidak akan menyertai mesyuarat itu.

Kenyataan itu berkata Thailand telah memaklumkan Forum Serantau ASEAN (ARF) di Phnom Penh tahun lalu bahawa ia akan memajukan dialog dalam semua forum untuk mencari jalan menyelesaikan situasi di Myanmar secara aman, termasuk melalui dialog Track 1.5, yang terdiri daripada kerajaan dan akademik.

“Sebagai negara jiran yang berkongsi sempadan sepanjang 2,400 km dengan Myanmar, Thailand mahu melihat pemberhentian keganasan yang akhirnya akan membawa kepada keamanan dan kestabilan di dalam Myanmar.

Baca lain  PBB mahu dunia isytihar perang terhadap COVID-19

Sementara itu pada Ahad, Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan dapat menghadiri perbincangan tidak rasmi mengenai Myanmar kerana komitmen terdahulu.

Zambry akan berlepas ke Belanda pada Isnin untuk lawatan kerja dua hari.

Wisma Putra turut mengimbas kembali keputusan Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo baru-baru ini yang menegaskan bahawa Konsensus Lima Perkara sebagai rujukan dan mandat ASEAN yang sah dalam menangani isu Myanmar.

Dalam hal ini, Malaysia kekal menyokong usaha yang dijalankan oleh Pengerusi ASEAN khususnya Pejabat Duta Khas dalam mencari penyelesaian untuk Myanmar, menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Terdahulu pada Jumaat, Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan berkata ‘adalah terlalu awal untuk terlibat semula dengan junta di peringkat sidang kemuncak atau malah di peringkat menteri luar’ kerana tiada tanda-tanda penambahbaikan di Myanmar selepas lebih dua tahun.

Media sebelum itu melaporkan bahawa Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai dalam surat untuk penganjuran mesyuarat menteri tidak rasmi itu “untuk melibatkan semula sepenuhnya Myanmar di peringkat pemimpin”.

Baca lain  Pemandu mabuk cetus kebakaran besar

Pembangkang Myanmar Kerajaan Perpaduan Nasional mengecam inisiatif Thailand.

“Menjemput junta dalam perbincangan itu tidak akan menyumbang kepada penyelesaian krisis politik Myanmar, sebaliknya akan menjejaskan perjuangan rakyat Myanmar untuk hak asasi manusia, keadilan dan demokrasi sekali gus merumitkan lagi masalah,” katanya dalam satu kenyataan.

Tindakan kerajaan sementara Thailand untuk mengadakan mesyuarat itu juga menimbulkan keresahan di Thailand, memandangkan kerajaan baharu hanya akan mengangkat sumpah pada Ogos.

Ini berikutan kemenangan mengejutkan blok pembangkang, diketuai oleh Parti Move Forward ke atas junta pro-tentera pada Pilihan Raya Umum 14 Mei.

Sejak junta menggulingkan kerajaan awam yang diketuai oleh Aung San Su Kyi dalam rampasan kuasa pada 1 Feb 2021, Myanmar menyaksikan pergolakan dengan pertempuran antara orang awam dan angkatan tentera secara kerap.

Bagaimanapun, terdapat sedikit kemajuan yang dicapai dalam pelaksanaan 5PC dan jeneral pemerintah Myanmar yang dihalang daripada menghadiri mesyuarat peringkat tinggi ASEAN kerana kegagalan mereka untuk menghormati perjanjian itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh