ARTIKEL

(Dari kiri) Jeremy Allen White, pemenang anugerah pelakon lelaki terbaik, Liza Colon-Zayas, pemenang anugerah bagi pelakon pembantu wanita terbaik, dan Ebon Moss-Bachrach, pemenang anugerah bagi pelakon pembantu lelaki terbaik, semuanya dalam siri komedi bagi ‘The Bear’. - Foto: Jae C. Hong/AP

‘The Bear’ dapat kemenangan awal Anugerah Emmy 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LOS ANGELES, California, Amerika Syarikat (AS): ‘The Bear’ mendapat kemenangan awal untuk bintangnya, termasuk Jeremy Allen White dan Ebon Moss-Bachrach, di Anugerah Emmy ke-76, lapor PA Media/dpa.

Bintang Hollywood berhimpun di Peacock Theatre di Los Angeles buat kali kedua tahun ini untuk meraikan pencapaian terbaik dalam televisyen.

Majlis pada September 2023 ditangguhkan berikutan mogok penulis dan pelakon AS.

Dalam monolog pembukaan mereka, pasangan hos bapa dan anak, Eugene dan Dan Levy, membuat jenaka tentang ‘The Bear’ yang dikategorikan dalam komedi selepas reaksi bahawa ia seharusnya dikategorikan sebagai drama.

Siri itu mengisahkan seorang cef terkenal (Allen White) yang kembali ke Chicago untuk menguruskan perniagaan keluarga selepas kematian abangnya.

Allen White menyifatkan dirinya sebagai “amat, amat, amat bertuah” selepas memenangi Emmy bagi pelakon utama terbaik dalam siri komedi untuk wataknya sebagai Carmen ‘Carmy’ Berzatto.

“Rancangan ini telah mengubah hidup saya.

“Ia telah menanamkan keyakinan bahawa perubahan adalah mungkin, perubahan itu mungkin jika anda dapat menjangkau, anda benar-benar tidak bersendirian,” katanya di atas pentas.

Kemenangannya disusuli oleh bintang ‘Only Murders In The Building’, Selena Gomez.

Gomez merujuk kepada Pilihan Raya Presiden AS akan datang ketika beliau memperkenalkan anugerah pertama kepada pelakon AS, Moss-Bachrach, pelakon pembantu terbaik dalam siri komedi untuk wataknya sebagai pengurus restoran Richard ‘Richie’ Jerimovich dalam ‘The Bear’.

Gomez, yang berkongsi pentas dengan dua rakan pelakonnya, Martin Short dan Steve Martin, berkata: “Izinkan saya katakan betapa besarnya penghormatan untuk bekerja dengan dua lelaki yang hampir menjadi wanita tua tanpa anak yang membela kucing.”

Jenaka itu merujuk kepada komen yang dibuat oleh calon gandingan Donald Trump, JD Vance.

Majlis itu juga menyaksikan Liza Colon-Zayas memenangi Emmy untuk pelakon pembantu wanita terbaik bagi wataknya sebagai Tina dalam ‘The Bear’.

Colon-Zayas memberitahu penonton bahawa beliau “menghormati wanita dalam kategori ini, termasuk Carol Burnett dan Meryl Streep”.

Merujuk kepada Pilihan Raya Presiden yang akan datang, beliau menambah: “Kepada semua orang Latin yang melihat saya, teruskan percaya dan mengundi, undi hak anda.” – BERNAMA-PA MEDIA/dpa

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU