ARTIKEL

The Fox King berjaya tembusi Toronto

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BIASANYA dunia filem sering didominasi kuasa besar Hollywood dan Eropah, namun sebuah karya kolaborasi dari Asia Tenggara mula mencuri perhatian antarabangsa.

Hasil gabungan kreatif antara dua buah negara, iaitu Malaysia dengan Indonesia, The Fox King terpilih untuk tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) ke-50, salah satu pentas paling berprestij dalam dunia perfileman global.

Filem arahan sutradara Malaysia, Woo Ming Jin dan dibintangi pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo, membuktikan bahawa The Fox King bukan sekadar sebuah filem, tetapi lambang persaudaraan serantau yang diterjemahkan melalui seni sinematik.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, meluahkan rasa bangga atas pencapaian tersebut dengan berkata bahawa karya kolaborasi serantau juga mampu menembusi pasaran antarabangsa, sekali gus diharap menjadi pemangkin kepada penggiat seni tempatan.

“Saya berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada penerbit, pengarah dan produksi filem tempatan untuk menghasilkan karya kolaborasi yang bermutu tinggi,” ujarnya ketika dipetik portal berita.

Filem The Fox King turut menerima sokongan menerusi Dana Filem Cereka FINAS berjumlah RM1 juta serta Dana Promosi Antarabangsa sebanyak RM50,000.

Dengan dana tersebut, filem ini membuktikan bahawa pelaburan dalam karya bermutu tinggi mampu membuka pintu ke pentas dunia.

Selain itu, salah satu keistimewaan filem ini ialah sentuhan jiwa yang mengangkat tema persaudaraan, kehilangan dan pencarian kasih sayang dengan naratif penuh emosi serta visual yang memukau.

Sentuhan sinematik dalam The Fox King bukan sahaja relevan dari segi budaya, malah bersifat universal dalam penyampaiannya, sekali gus menjadikan filem ini berbeza daripada yang lain.

Secara keseluruhan, kejayaan The Fox King bukan sahaja milik pembuat filem, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia yang percaya bahawa seni mampu menyatukan, mengangkat dan menginspirasikan kita. Ini membuktikan bahawa filem Nusantara mampu berdiri megah di pentas dunia industri seni.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli