ARTIKEL

Datuk Mohd Azizulhasni Awang | Bernama

‘The Pocket Rocketman’ mahu fokus cari rentak kayuhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak mahu terburu-buru menyertai kejohanan antarabangsa selepas lama berehat meskipun sudah mengumumkan kemunculan semula bagi mengelakkan kecederaan serius.

Atlet berusia 37 tahun itu berkata beliau mahu melakukan perancangan secara terperinci, terutamanya bagi persediaan untuk temasya Sukan Asia di Aichi-Nagoya, Jepun, serta Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.

Beliau berkata buat masa ini, tumpuannya terarah untuk mendapatkan rentak kayuhan sebelum beraksi di kejohanan antarabangsa.

“Objektif utama tahun ini adalah untuk cuba layak ke Kejohanan Berbasikal Trek Dunia (Oktober). Sekurang-kurangnya dalam acara berpasukan.

Itu untuk tahun inilah.

Tapi saya memerlukan masa dalam empat hingga lima bulan juga.

“Untuk saya dapatkan kembali rentak.

Sebenarnya saya boleh sahaja memaksa diri tapi kalau saya terlalu hendak cepat (menyertai kejohanan), itu akan memberi kesan kecederaan jangka panjang.

Tahun depan ada kejohanan besar dan itu adalah sasaran utama saya,” katanya pada sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN) kelmarin. 

Mengulas lanjut, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata beliau akan mewakili Team Azizul sebagai pelumba profesional sekiranya beraksi dalam sirkit perlumbaan anjuran Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

“Tapi kalau untuk kejohanan (besar) seperti Sukan Asia, biasanya di bawah Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Lazimnya mereka akan buat pemilihan, sama seperti sebelum ini.

Semalam, Mohd Azizulhasni yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ mengumumkan untuk meneruskan kariernya sebagai pelumba berbasikal trek namun secara profesional.  

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah berbincang bersama MSN dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam memastikan segala peruntukan dapat ditumpukan kepada pelumba lain. 

Antara sebab beliau membuat keputusan itu adalah untuk ‘mengubat luka’ gagal membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.  

Hannah turut mengumumkan peruntukan geran individu berjumlah RM200,000 kepada Mohd Azizulhasni untuk bergerak secara profesional bagi tahun 2025-2026. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.