»DRAMA akan datang The Queen Lives in Seoul lakonan Han Ye Seul, dilaporkan gagal untuk memulakan produksi.
Pengeluaran The Queen Lives in Seoul dilaporkan dibatal kerana tidak menerima pelaburan yang diperlukan dan rangkaian untuk menyiarkannya tidak disahkan.
Skrip untuk jalan cerita itu dilaporkan siap untuk empat episod.
The Queen Lives in Seoul menggambarkan kerja dan kehidupan wartawan senior untuk majalah fesyen Nam Dalla, yang dijangka dimainkan oleh Han Ye Seul.
Pelakon Lee Hyun Wook juga mempertimbangkan peranan Ketua Pegawai Eksekutif untuk drama yang sama.



