ARTIKEL

THE WEEKND ketika menjayakan konsert After Hours Til Dawn Tour di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

THE WEEKND hargai sokongan peminat Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENGALAMAN pertama beraksi di Malaysia meninggalkan kesan mendalam kepada bintang R&B Kanada, The Weeknd, apabila penyanyi itu mengakui tidak mungkin melupakan sambutan luar biasa peminat tempatan.

Malah, penyanyi yang nama sebenarnya ialah Abel Tesfaye itu menyifatkan Kuala Lumpur sebagai destinasi istimewa kerana menjadi lokasi terakhir jelajah dunia After Hours Til Dawn Tour, sekali gus melakar kenangan tersendiri dalam perjalanan konsert berkenaan.

Penghargaan itu disampaikan menerusi ucapan kepada lebih 65,000 penonton yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam pertama konsert, Rabu lalu.

“Ini malam yang sangat bersejarah untuk kita raikan. Ini bandar terakhir dalam keseluruhan jelajah ini.

“Namun, ada satu lagi perkara istimewa tentang persembahan ini. Ini kali pertama saya berada di Malaysia.

“Kamu semua sangat istimewa dan saya sedar, selepas 15 minit pertama persembahan ini, saya tidak boleh lagi mengetepikan Malaysia dalam mana-mana jelajah saya selepas ini,” katanya.

Penghargaan penyanyi itu terhadap peminat tempatan turut dizahirkan menerusi perubahan lirik lagu Faith apabila beliau menyebut, “I found my religion in Malaysia today”, sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh penonton.

Tidak terhenti di situ, The Weeknd turut menyeletkan sebutan “KL” dalam lagu São Paulo, sekali gus memberikan sentuhan tempatan kepada persembahan yang menjadi penutup jelajahnya di Asia.

Kemunculannya sekitar jam 9.00 malam menerusi lagu Baptized in Fear disambut dengan sorakan penonton, dengan penyanyi itu tampil menekan topeng krom yang diinspirasikan daripada imej ikonik MF DOOM.

Persembahan berskala besar itu turut menampilkan arca robot yang dikenali sebagai Sorayama setinggi kira-kira 40 kaki berwarna krom dan emas hasil ciptaan artis Jepun, Hajime Sorayama, selain permainan laser, visual imersif, penari bertopeng dan kesan piroteknik.

Sepanjang persembahan, The Weeknd mempersembahkan deretan lagu popularnya termasuk Blinding Lights, Die For You, Save Your Tears dan Starboy.

Satu lagi detik menarik berlaku sebelum lagu One of the Girls apabila penyanyi itu memberitahu penonton bahawa beliau menyimpan persembahan terbaik untuk penghujung jelajah.

Konsert malam itu berakhir pada jam 11.00 malam dengan pertunjukan bunga api menerangi ruang udara stadium, selain belon gergasi dilepaskan ke arah penonton dan persembahan diserikan dengan kesan piroteknik.

Sebelum meninggalkan pentas, The Weeknd turut merakamkan penghargaan kepada pasukan produksinya serta peminat yang hadir.

Persembahan malam pertama itu menjadi pembuka kepada konsert dua malam di Kuala Lumpur, dengan malam kedua dijadualkan berlangsung pada Khamis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Peti sejuk juga tidak selamat

SERANGAN siber terhadap sistem penyeluk di puluhan pasar raya Eropah baru-baru ini mengingatkan saya kepada kes penyelewengan satu sen yang pernah menggegarkan Malaysia pada 1990.

Usahawan mikro perkasa perniagaan warisan

KUALA LUMPUR: Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bapanya menggunakan motosikal, legasi menjual makanan tradisional India itu kini menjadi sumber rezeki utama Thirunavukkarasan Krishnana, 52,