ARTIKEL

Tiada aktiviti sukan, rekreasi, latihan dan pertandingan di Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Aktiviti sukan, rekreasi, latihan dan penganjuran pertandingan adalah tidak dibenarkan dan arahan ini berkuat kuasa serta-merta bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di Sabah, kata Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Ellron Angin.

Beliau berkata langkah itu adalah sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak dan berharap semua penggiat sukan, pemilik premis, pengurus atau operator sukan dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ellron berkata perlawanan bola sepak Liga Super melibatkan Sabah dan UITM FC yang dijadualkan Sabtu lepas di Stadium Likas ditunda ke 31 Okt dan akan berlangsung di Stadium UITM Shah Alam, Selangor.

“Saya menyeru kepada semua penggiat sukan sama ada pegawai, jurulatih, atlet, penyokong atau peminat untuk terus bersabar, duduk di rumah dan mematuhi arahan semasa daripada Majlis Keselamatan Negara atau Kementerian Kesihatan,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 660 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan Sabah masih mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 429 kes.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata Kerajaan Negeri Sabah akan menanggung kos utiliti di semua 16 bangunan yang dijadikan wad hospital tambahan.

“Kerajaan negeri menghargai bantuan jabatan serta agensi persekutuan dalam menangani pandemik COVID-19 di Sabah,” menurutnya dalam kenyataan berasingan.

Beliau berkata pengusaha dan peniaga perlu memastikan masa operasi dari 6 pagi hingga 6 petang, bilangan pekerja dihadkan kepada 50 peratus, jarak fizikal satu meter, kawalan jumlah pembeli, penetapan satu laluan masuk satu laluan keluar dan had masa setiap pembeli tidak lebih 30 minit.

Masidi berkata semua aktiviti dan premis hiburan termasuk kelab malam, pub, panggung wayang dan aktiviti perjudian tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKPB.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU