ARTIKEL

Gambar yang tular menunjukkan sebuah pesawat Air Asia tergelincir di LTAK dan disahkan tidak benar.

Tiada kejadian pesawat Air Asia tergelincir di LTAK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Paparan tular di Facebook hari ini berkaitan sebuah pesawat Air Asia tergelincir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata perkara itu disahkan oleh Pengurus Besar Malaysia Airport Berhad (MAB) Kuching.

“Pada 3.09 petang hari ini, tular di Facebook berkenaan berita pesawat Air Asia tergelincir di LTAK.

“Pada jam kira-kira 3.12 petang, saya berhubung dengan Pengurus Besar MAB Kuching dan mendapat pengesahan bahawa tiada sebarang pesawat yang tergelincir di LTAK,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak sahih dan boleh menjadi kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mohd Farhan juga menyarankan orang ramai untuk membuat pengesahan maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-24444 atau mana-mana balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah