ARTIKEL

Tiada kenaikan harga ayam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Tinjauan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu di sini semalam, mendapati tiada peningkatan harga ayam walaupun penamatan sepenuhnya pemberian subsidi dan harga kawalan bagi bahan mentah itu.

Beliau ketika ditemui semalam berkata, pengapungan harga ayam yang dilaksanakan pada 1 November juga melihat bahawa bekalan ayam juga stabil. “Tidak ada para peniaga, khasnya penternak ayam mengambil kesempatan dan mereka juga menjual (ayam) dengan harga biasa.

“Malah, kita juga tidak menerima sebarang rungutan susulan pengapungan harga ayam sejak semalam, jadi saya harap keadaan ini berterusan,” katanya selepas meninjau harga ayam, ikan dan beras di pasar raya, di sini.

Menyentuh isu harga beras, Mat Sabu mendedahkan bahawa harga beras import yang sebelum ini melonjak naik kini dijual dengan harga lebih rendah. 

Katanya, dengan peruntukan subsidi yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan lalu, beras import bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kini dijual sekitar harga RM30 hingga RM31.

“Saya pergi ke mana-mana tempat yang menjual beras harganya berada di kadar yang rendah, melainkan beras jenama Basmathi dan sebagainya. 

“Justeru, golongan B40 masih menikmati harga beras jauh lebih murah daripada sebelum ini,” ujarnya. 

Tambahnya, begitu juga harga ikan di pasar tempatan dilihat lebih murah berbanding di pasar raya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan