ARTIKEL

Tiada keputusan kerjasama politik PRN Melaka setakat ini, kata Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NASIONAL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa belum ada sebarang keputusan muktamad dicapai berhubung kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memaklumkan bahawa tanggungjawab untuk membincangkan perkara tersebut telah diserahkan sepenuhnya kepada Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau menegaskan bahawa pendekatan politik yang diamalkan adalah terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak termasuk Bersatu, namun segala keputusan akhir akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya PH.

Perdana Menteri yang sedang dalam lawatan kerja selama tiga hari ke China itu turut menjelaskan bahawa beliau kini lebih menumpukan perhatian terhadap urusan pentadbiran negara.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sebelum ini telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang penggalnya akan berakhir pada 27 Disember depan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU