ARTIKEL

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat reruai pada Majlis Perasmian ASEAN Sports Industry Expo 2025 di Pusat Konvensyen Setia City hari ini. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi. | Bernama

Tiada kes jenayah, salah laku serius dilaporkan di institusi TVET setakat ini – Ahmad Zahid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Tiada sebarang kes jenayah atau salah laku serius dilaporkan berlaku membabitkan pelajar dalam institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

‎‎Beliau berkata keadaan itu harus dikekalkan, selain menegaskan pihak pengurusan institusi terbabit sentiasa menekankan aspek disiplin dan tatalaku dalam pengambilan pelajar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Dalam setiap pengambilan TVET, antara pengisian dalam taklimat pengenalan adalah tatalaku, ini sering diperingatkan kerana kita mempunyai 1,398 institusi TVET di seluruh negara dan kami koordinasi semua suntikan untuk memberikan tatakelola dan disiplin dalam kalangan pelajar,” katanya.

‎‎Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Industri Sukan ASEAN 2025 di sini hari ini. 

‎‎Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid turut mencadangkan supaya dasar khusus berkaitan industri sukan diperkenalkan semula bagi memastikan sektor berkenaan dapat berkembang secara berterusan dan tidak bergantung kepada perubahan kepimpinan.

‎Beliau berkata walaupun industri sukan dipromosikan sejak 1980-an oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pelaksanaannya dilihat tidak konsisten kerana sering berubah setiap kali berlaku pertukaran menteri atau ketua setiausaha (KSU).

“Saya rasa elok jika dasar industri dalam sukan ini dapat diperkenalkan dan dijadikan sebagai satu panduan kerana pasaran industri sukan cukup besar bukan hanya untuk negara kita tetapi juga negara ASEAN.

“Kita lihat pasaran dunia melebihi USD688 bilion kalau, kita ambil sebahagian kecil pun kita akan dapat jadikan industri sukan sebagai pendapatan untuk negara kita,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha