ARTIKEL

Tiada lagi bekalan elektrik terputus di Daro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Kapasiti bekalan elektrik di kawasan Daerah Daro kini telah dipertingkat, daripada 33 kilovolt (kv) kepada 132 kv sebagai langkah menampung keperluan masyarakat di kawasan tersebut dan kawasan sekitarnya.

Sejak 2019 hingga kini bekalan elektrik di kawasan tersebut semakin stabil dan tidak berlaku terputus bekalan seperti sebelum ini.

Adun Daro, Safiee Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah meluluskan peruntukan untuk membina Sub-Station Daro bagi menyelesaikan masalah elektirik di kawasan tersebut.

“Sub-Station Daro telah siap pada penghujung 2018 dan beroperasi sepenuhnya tahun lalu. “Sub-Station yang bernilai RM330 juta ini memberi impak besar kepada warga Daro kerana sebelum ini Daro sering kali mengalami bekalan elektrik terputus,” katanya dalam lawatan tersebut kelmarin.

Jelasnya Kerajaan Sarawak memberi perhatian serius terhadap isu ini, membantu rakyat menikmati kemudahan asas dengan peruntukan besar .

Lawatan turut disertai ketua jabatan dan ketua masyarakat. Turut hadir ialah Naib Presiden Sarawak Energy Berhad (SEB), Yusri Safri, Pengurus Wilayah Pusat Wilayah SEB, Nazry Latif, Pengurus Kanan HSSE SEB, Effendy Syaiful Abdullah, Ketua Polis Daerah Matu Daro DSP Neil Anak Baginda, Ketua Balai, Balai Bomba Daro, Mohd Nor Abdullah dan Wakil Pegawai Daerah Daro, Jeanna Robert.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha