ARTIKEL

Tiada masa bersenam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MENGAMALKAN gaya hidup sihat menjadi impian setiap orang yang inginkan kualiti kerja dan kehidupan seharian yang baik. Ini kerana ramai rakyat Malaysia kini kurang mengamalkan gaya hidup sihat susulan sibuk bekerja atau tiada masa untuk bersenam.

 Trend hari ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia gemar menjalani diet dengan menyingkirkan nasi bahkan ada yang sanggup menjalani kehidupan tanpa gula putih atau ‘kosong gula’ untuk memastikan mereka mampu kurus dengan sihat. 

Ada juga segelintir individu gemar bergantung kepada makanan tambahan yang dikatakan mampu membantu menguruskan badan, mengurangkan selera makan dan sebagainya. 

Ada yang sanggup bersenam setiap hari tetapi kurang menjaga pengambilan makanan seharian.

Ada yang menjaga makan tetapi tidak bersenam. 

Tidak dinafikan ia memberikan hasil kepada penurunan berat badan, tetapi adakah kita mampu bertahan dengan diet yang ketat untuk jangka masa panjang?

 Melihat perkongsian segelintir masyarakat menerusi laman sosial, pada penghujung tahun atau melangkah ke tahun baharu, ramai berazam untuk menurunkan berat badan, sekali gus ingin mengamalkan gaya hidup sihat.

 Bagaimanapun, apakah cara terbaik untuk memastikan azam mereka dapat dicapai?

Apakah saranan yang boleh diberikan?

Memetik laporan berita nasional, kira-kira 50.1 peratus dalam kalangan rakyat negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan dan obesiti, sekali gus kekal sebagai masalah utama kesihatan awam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, prevalen obesiti orang dewasa turut meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun iaitu 1996 hingga 2006.

Justeru, Kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2022 mendapati satu daripada lima kanak-kanak dikenal pasti mempunyai masalah bantut dan 6.0 peratus kanak-kanak mengalami masalah berat badan berlebihan.

Seterusnya terdapat peningkatan prevalen berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan murid berumur 10 hingga 17 tahun iaitu daripada 26.9 peratus pada 2012 kepada 30.4 peratus pada 2017.

Data ini menunjukkan satu daripada tiga murid sekolah mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti. Perkara ini membimbangkan.

Memang menjadi gemuk atau obesiti bukan kesalahan tetapi yang menjadi masalah ia boleh membawa kepada risiko penyakit diabetes, darah tinggi, kolesterol bahkan penyakit jantung. 

Apakah penyelesaian masalah ini? Adakah kita mampu memastikan setiap individu di negara ini khususnya Sarawak dapat menjalankan aktiviti atau gaya hidup yang sihat?

Tepuk dada, tanya selera. 

Perkara berkaitan diet atau gaya hidup ini bukan boleh dipaksa, tetapi kita cuba mengajak setiap orang mempratikkannya.

Ia juga tidak boleh dilakukan hanya untuk mencapai sasaran tetapi mesti dilakukan berterusan. Ada pelbagai jenis diet seperti suku-suku separuh; diet Atkin; menjaga masa makan dan banyak lagi.

Ia juga diiklankan di Facebook dan ada yang mengikuti kumpulan yang disediakan.

Menerusi kumpulan ini, ahli boleh berkongsi menu masakan, bertanyakan tentang pengambilan makanan dan banyak lagi perkara yang berkaitan. 

Tetapi, yang boleh dikatakan mengamalkan gaya hidup sihat ini bukan memakan masa satu atau dua bulan tetapi perlu dilakukan secara berterusan.

Jangan ambil jalan singkat dengan menggunakan produk di pasaran.

Perlu diingat, meskipun terdapat pelbagai saranan jenis diet, tidak semua orang mampu mengikut atau berdisiplin dalam perkara itu.

Tidak semua orang serasi dengan gaya pemakanan yang disarankan. 

Paling penting kita memahami keperluan badan dan bagaimana kita mampu bertahan dengan gaya pemakanan dan senaman yang diamalkan. 

Contohnya, masyarakat sudah biasa makan nasi, sarapan dengan roti canai atau minum minuman manis seperti teh tarik dan sebagainya. Jika ingin menurunkan berat badan, kebanyakan kita terus membuang pengambilan nasi dan gula. Ini menjadi masalah jika dilakukan secara mengejut.

Kita tidak akan mampu bertahan melainkan benar-benar berdisiplin. Jadi, lakukan setiap perubahan cara perlahan atau berperingkat. Jangan lak

ukan perubahan total secara mengejut kerana tidak sesuai untuk jangka panjang.

Paling penting adalah disiplin. Jangan hanya melihat hasil tetapi lakukan secara konsisten. 

Jika kita takut berubah tiada siapa dapat membantu. Segala-galanya terletak pada diri sendiri.

Memang tidak dinafikan kadang-kadang kita kalah dengan kritikan orang yang mengatakan “diet tetapi tidak nampak hasilnya”. Bagaimanapun, perubahan tidak akan nampak dalam masa singkat.

Secara logik, badan kita menyimpan lemak dalam tempoh belasan tahun atau berpuluh tahun. Tidak mungkin mampu hilang dalam tempoh 30 hari.

 Disebabkan itu, azam dan tekad yang kuat mesti disemat dalam hati supaya kita menjadi lebih berdisiplin dan mampu menyingkirkan pelbagai penyakit.

Kerana, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. 

Tepuk dada, tanya selera

LAIN-LAIN BERITA

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

Prinsip moral tinggi

INTEGRITI adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan seumpamanya yang berperanan besar dalam membina

Trend pengangguran global

PENGANGGURAN merupakan fenomena berleluasa yang mempengaruhi individu, keluarga dan masyarakat global. Daripada negara maju sehingga ekonomi membangun, isu pengangguran menjadi cabaran yang memberi kesan kepada

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah