ARTIKEL

X Arsenio Dominguez

Tiada Negara Berhak Sekat Selat Antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Setiausaha Agung Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), Arsenio Dominguez berkata pada Isnin tiada mana-mana negara mempunyai hak untuk menyekat selat antarabangsa yang digunakan bagi transit antarabangsa, lapor Xinhua.

Bercakap dalam satu sidang media, Dominguez membuat kenyataan itu sebagai respons kepada soalan sama ada sekatan yang berpotensi dilaksanakan oleh Washington ke atas Selat Hormuz akan melanggar undang-undang antarabangsa.

“Dari sudut perundangan, selaras dengan undang-undang antarabangsa, tiada negara berhak untuk melarang hak laluan aman, mahupun menghalang kebebasan pelayaran melalui selat antarabangsa yang digunakan untuk transit antarabangsa,” katanya.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad mengumumkan yang Tentera Laut AS akan mula menyekat kapal yang cuba memasuki atau keluar dari Selat Hormuz selepas rundingan damai dengan Iran gagal mencapai persetujuan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU