ARTIKEL

Tiada pilihan, rakyat kena patuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan tidak mempunyai pilihan lain selain melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April nanti, kata Peter Minos.

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) berkata, perkara itu merupakan satu keputusan bijak dan tepat walaupun menyebabkan rasa kurang selesa dan gangguan dalam kehidupan harian termasuk ekonomi negara.

“Ini salah satu pengorbanan dan perlu dilaksanakan demi keselamatan negara dan rakyat,” katanya semalam.

Tambahnya, Malaysia perlu mencontohi China yang pernah menjadi negara pertama diserang wabak tersebut. “Mereka berjaya memerangi Covid-19 yang menyebabkan kematian dengan melaksanakan kuarantin selama 45 hari.

“Negara China telah melakukan perkara tersebut, ia merupakan pilihan yang diberikan kerana tiada vaksin ketika ini,” jelasnya.

Beliau menyatakan, antara perkara yang dilakukan oleh China dalam tempoh kuarantin 45 hari termasuk jarak sosial, merawat mereka yang dijangkiti dan menguatkuasakan arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Kita mempunyai keyakinan selepas melaksanakan kuarantin satu bulan sehingga 14 April nanti, Malaysia akan bebas daripada wabak Covid-19 dan akan kembali seperti biasa,” tegasnya.

Suara Sarawak/ New Sarawak Tribune e-paper

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha