ARTIKEL

Tiba masanya dapat kembali hak S’wak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan Petronas yang tidak membuat sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung cukai jualan dan perkhidmatan membuktikan syarikat itu tidak menafikan hak-hak Sarawak ke atas industri minyak dan gas.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing berkata, tindakan Petronas yang akur menjadikan keputusan itu amat penting terutamanya isu membayar kembali cukai SST berjumlah RM2.878 bilion kepada Kerajaan Sarawak.

“Ini jadi bukti kukuh bahawa Petronas menyedari minyak dan gas dihasilkan di bumi Sarawak.

“Keputusan ini wajar kerana ia merupakan hak rakyat negeri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Menurut Masing, Sarawak memiliki minyak dan gas yang telah dieksploitasi oleh Petronas sejak 1974.

Jelasnya lagi, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga menyelesaikan hal berkenaan dengan Petronas terutamanya isu berkaitan cukai jualan dan perkhidmatan industri minyak dan gas.

“Bagaimanapun, apa yang paling penting ialah Sarawak merupakan pemegang lesen untuk sebarang penerokaan oleh syarikat asing pada masa akan datang.

“Kerajaan Sarawak akan membiarkan Petronas terus beroperasi kerana ia antara syarikat minyak terbesar dan terkemuka di dunia.

“Namun kini, syarikat itu mesti mematuhi peraturan dan ketetapan Kerajaan Sarawak termasuk akur dengan hak-hak negeri ini,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha