KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan perintah berkurung tidak akan dilaksanakan, susulan proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Dalam pengumuman khas darurat hari ini, beliau berkata ia juga bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera.
Menjelas lanjut, Muhyiddin berkata sepanjang tempoh ini, pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri akan terus berfungsi seperti biasa.

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred
KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan


