ARTIKEL

Kredit: JBPM Selangor

Tiga bas pekerja musnah dalam kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tiga bas pekerja musnah dalam kebakaran di kawasan sebuah kilang pemasangan trak komersial di Taman Melati Desa Kiambang, Serendah, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada 2.42 pagi sebelum menggerakkan 10 anggota dari BBP Kuala Kubu Bharu dan Bukit Sentosa ke lokasi.

Pasukan bomba tiba kira-kira 11 minit kemudian dan mendapati api sedang marak memusnahkan ketiga-tiga bas berkenaan.

Menurut Bernama, operasi pemadaman segera dijalankan dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 3.08 pagi.

Tiada kecederaan dilaporkan dan struktur bangunan kilang tidak terjejas dalam kejadian itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU