ARTIKEL

Tiga bintang Indonesia bersinar dalam konsert Malam 3 Suara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tiga bintang muzik popular dari Indonesia, iaitu Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito, bakal berkongsi pentas dalam sebuah konsert eksklusif berjudul Malam 3 Suara pada 14 Disember depan di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

Dibawakan khas oleh Strategy X Entertainment Sdn. Bhd., persembahan ini menjanjikan lebih dua jam penuh emosi dengan gabungan tiga penyanyi yang memiliki keunikan vokal serta karakter tersendiri.

“Konsert ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi sebuah perjalanan emosi melalui muzik.

“Setiap artis ini membawa jiwa yang berbeza, kelembutan vokal Anggi, balada penuh jiwa Fabio, serta pesona persembahan Rizky.

Apabila digabungkan, ia melahirkan harmoni yang indah dan saling melengkapi,” kata penganjur.

Lebih 20 lagu popular bakal dipersembahkan, merangkumi segmen solo, duet dan kolaborasi istimewa yang hanya boleh disaksikan pada malam tersebut.

Rizky Febian meluahkan rasa teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu peminat di Malaysia.

“Ia peluang berharga untuk saya berkongsi muzik secara lebih dekat,” ujarnya.

Dikenali dengan deretan lagu popular seperti Hingga Tua Bersama, Kata, Penantian Berharga, Cuek dan Mantra Cinta, Rizky kini merupakan antara penyanyi lelaki paling banyak distrim di Asia dengan lebih tujuh juta pendengar bulanan di Spotify.

Tidak kurang hebat, Fabio Asher mula mencuri perhatian menerusi lagu Bertahan Terluka dan Rumah Singgah, manakala Anggi Marito membawa warna tersendiri dengan vokal bertenaga melalui lagu Tak Segampang Itu dan Cara Mencintaimu.

Malam 3 Suara bakal menjadi persembahan penuh harmoni yang menggabungkan jiwa, emosi dan keindahan muzik daripada tiga penyanyi muda berbakat besar Indonesia di pentas Malaysia.

BERITA LAIN

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU