ARTIKEL

METAMFETAMIN yang dipintas yang didakwa dihantar ke Australia Barat.-Foto kredit portal rasmi Polis Persekutuan Australia. -AFP

Tiga didakwa cuba seludup 320kg metamfetamin

Bernama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SYDNEY: Laporan agensi berita Xinhua mendedahkan bahawa tiga individu, termasuk seorang warga United Kingdom, telah dihadapkan ke mahkamah oleh pihak berkuasa Australia atas tuduhan cuba menyeludup masuk 320 kilogram dadah jenis metamfetamin dari Ghana.

Menurut kenyataan Pasukan Sempadan Australia (ABF) pada Khamis, siasatan oleh Polis Persekutuan Australia (AFP) mula digerakkan pada April lalu. Langkah ini diambil selepas pegawai bertugas di Pelabuhan Botany, Sydney mengesan sesuatu yang mencurigakan pada dua buah kontena dari negara Afrika Barat tersebut.

Kontena yang diisytiharkan membawa arang itu diimbas menggunakan sinar-X dan pegawai menemui bahan berwarna putih yang didapati positif sebagai metamfetamin.

Sebelum kontena itu meneruskan perjalanan ke sebuah premis di barat Sydney, pihak berkuasa telah bertindak merampas kesemua 320 kilogram metamfetamin tersebut, yang nilainya dianggarkan mencecah kira-kira AS$207.7 juta

Warga UK itu ditahan selepas didakwa hadir ke fasiliti berkenaan dan menyelia proses memuatkan beg yang sebelum ini mengandungi metamfetamin ke dalam sebuah kenderaan. 

Dia didakwa atas pertuduhan cubaan memiliki dadah terkawal sempadan dalam kuantiti komersial dan berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Dua lagi individu, seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang wanita berusia 30 tahun dari Australia Selatan, kemudian ditahan kerana didakwa menggunakan identiti palsu untuk menyewa unit simpanan di Sydney bagi menyimpan dadah itu.

Pemangku Superintendan Detektif AFP Trevor Robinson berkata dalam satu kenyataan bahawa jumlah metamfetamin yang dirampas itu boleh membekalkan 3.2 juta urus niaga dadah di peringkat jalanan.-Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU