ARTIKEL

Tiga ditahan khianat kemudahan awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis menahan tiga lelaki tempatan kerana disyaki memotong kabel di Jalan Resak.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata tangkapan dibuat kira-kira 8.30 pagi semalam hasil tindakan pantas pihak polis susulan maklumat yang diterima.

Menurut beliau, ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 45 tahun itu dipercayai terlibat dalam kegiatan memotong kabel utiliti yang boleh menjejaskan perkhidmatan kepada penduduk setempat.

“Pihak polis turut merampas beberapa batang kabel yang dipotong dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Alexson, siasatan lanjut mendapati dua daripada suspek positif dadah hasil ujian saringan air kencing, selain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat ke atas kemudahan awam, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan jenayah yang menjejaskan kepentingan awam.

“Orang ramai turut diseru menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 bagi membantu usaha membanteras kegiatan jenayah di kawasan ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha