Tiga gereja terima dana Unifor

KANOWIT: Gereja Methodist Iban Pekan Kanowit, Gereja St Francis Xavier dan Gereja St Maria Nanga Jagoi di daerah ini mendapat bantuan daripada Unifor di bawah pada Ahad yang disampaikan oleh Adun Machan Allan Siden Gramong.

Menurut Allan, dana itu untuk membiayai kos pembinaan dalam aspek baik pulih gereja dan gereja kecil bagi memastikan umat yang beribadah dapat menikmati kemudahan dengan selesa dan selamat.

Unifor jelasnya, komited membantu hal ehwal agama lain di negeri ini dalam aspek pembangunan institusi agama masing-masing Beliau memberitahu, penubuhan Unifor adalah untuk membantu agama-agama lain membina, menaik taraf dan sebagainya kemudahan institusi keagamaan mereka.

“Selain Kristian, Unifor juga membantu Hindu, Budhha, Sikh dan sebagainya.

Unifor membantu apa-apa sahaja yang berkaitan dengan rumah ibadat seperti membantu membina gereja, tokong, kuil, rumah paderi dan sebagainya.

“Itulah kelebihan Sarawak kerana mempunyai unit khas untuk melindungi masyarakat dari agama lain selain Islam,” tegasnya lagi.

Beliau berkata, Unifor merupakan unit yang ditubuhkan di bawah Jabatan Ketua Menteri yang dikawal selia oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Suara Sarawak