ARTIKEL

Lokasi penutupan jalan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 2024.

Tiga jalan utama di Mukah ditutup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Tiga jalan utama di Mukah ditutup bagi melancarkan pergerakan lalu lintas sempena Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 2024 pada 17 September ini.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, penutupan jalan tersebut bermula jam 5 pagi sehingga program selesai.

Lokasi penutupan jalan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 2024.

“Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Setia 1, Simpang Jalan Ceria dan Simpang Bulatan Jalan Wawasan.

“Manakala, jalan yang akan ditutup sementara atau dilencongkan semasa perarakan melibatkan Jalan Ceria, Jalan Bestari, Jalan Pinang, Lingkungan Setia Raja, Boulevard Setia Raja, Jalan Panggung, Jalan Pasar, Jalan Hj Zahwi, Jalan Pam Stesen, Jalan Pam Stesen Lama, Jalan Orang Kaya Setia Raja dan Jalan Setia 2,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Rizal, program itu akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Bagi mereka yang ingin menghadiri acara sambutan itu kelak, boleh meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan Bangunan Pehin Setia Raja, Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Mukah dan Masjid Setia Raja.

“Bagaimanapun, keperluan penutupan dan lencongan jalan ini bergantung kepada keadaan semasa yang difikirkan sesuai berdasarkan penilaian aliran trafik oleh pegawai trafik yang bertugas supaya aktiviti harian pengguna jalan lain tidak terganggu,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai juga dinasihatkan untuk mengikut tanda-tanda isyarat kawalan lalu lintas yang diarahkan oleh pegawai polis yang bertugas.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu