ARTIKEL

NGERI....Keadaaan kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaaan pikap

Tiga kenderaan terbabit kemalangan berhampiran lampu isyarat Moyan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga kenderaan, termasuk dua Hilux dan sebuah Fortuner, terlibat dalam kemalangan berhampiran lampu isyarat Moyan, Jalan Batu Kawa, sekitar jam 9.30 semalam.

Insiden ngeri itu menyaksikan salah satu kenderaan terbalik di lokasi kejadian, manakala dua lagi kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan bahawa kejadian itu tidak melibatkan mangsa yang tersepit.

Kesemua mangsa berjaya keluar dari kenderaan masing-masing sebelum ketibaan pihak bomba.

“Pihak bomba tidak melakukan operasi mengeluarkan mangsa. Unit EMRS hanya menghantar seorang mangsa ke Hospital Umum Sarawak, manakala yang lain dihantar menggunakan ambulans,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, operasi melibatkan seramai 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha