ARTIKEL

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kerajaan negeri menjangkakan kutipan hasil akan meningkat RM100 juta mulai tahun depan dengan pengenalan tiga langkah baharu. (Gambar Bernama)

Tiga langkah baharu untuk tingkat kutipan hasil RM100 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu bagi meningkatkan hasil negeri mulai tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata langkah itu melibatkan perkongsian dividen anak syarikat sekitar RM40 juta, semakan fi pejabat bawah kaedah tanah negeri sebanyak RM50 juta dan peningkatan caruman parit dianggarkan kira-kira RM10 juta.

“Maknanya daripada tiga langkah pertama ini kita menjangkakan menambah RM100 juta daripada kutipan yang gagal dikutip sebelum ini,” katanya menjawab soalan tambahan Azmizam Zaman Huri (PH-Pelabuhan Klang) mengenai anggaran nilai peningkatan hasil berdasarkan strategi-strategi baharu negeri tersebut.

Terdahulu, Amirudin berkata hasil kerajaan negeri bergantung sepenuhnya kepada sumber hasil tanah seperti cukai tanah, premium, permit tanah dan galian serta bayaran perkhidmatan berkaitan tanah.

Ia menyumbang sebanyak 80% daripada hasil keseluruhan negeri, dengan hasil cukai tanah menyumbang 24% daripadanya, katanya.

Menjawab soalan tambahan oleh Ketua Pembangkang, Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) yang mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang masih bergantung kepada hasil tanah, Adun Sungai Tua itu berkata pihaknya giat meneroka projek tenaga hijau bagi menambah lagi nilai hasil negeri termasuk pelaksanaan beberapa projek kendalian Worldwide Holdings Bhd (Worldwide) bernilai hampir RM10 bilion.

“Pada ketika ini, Worldwide mempunyai sembilan ke 10 projek yang sebahagiannya adalah projek ekonomi atau tenaga hijau dan ia termasuk pembinaan loji jana kuasa di Pulau Indah, Klang selain penerokaan sektor solar dan juga mini hidro serta penghasilan hidrogen,” katanya.

Beliau berkata penerokaan negeri Selangor dalam sektor tenaga hijau itu juga mendapat perhatian pelabur dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang sedia melabur sekitar RM10 juta dalam projek loji jana kuasa 10 gigawatt.-BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha