ARTIKEL

Jason (tengah) bersama Anedia (kiri) dan Joachim (kanan) dilantik dalam barisan kepimpinan baharu BESarawak.

Tiga lantikan baharu perkukuh barisan kepimpinan BESarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga pelantikan utama dalam Business Events Sarawak (BESarawak) memperkukuh barisan kepimpinan agensi itu dalam usaha melonjakkan industri acara perniagaan ke tahap global.

Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak Amelia Roziman berkata, pelantikan itu melibatkan dua kenaikan pangkat dalaman dan satu pelantikan baharu yang akan berkuatkuasa bermula Julai 2025.

“Ketika kita semakin menghampiri fasa akhir Pelan Tindakan Induk Legacy Impact, penstrukturan semula adalah penting bagi memastikan kita selari dengan perubahan dalam industri.

“Selain membangunkan kepimpinan, kami turut menyasarkan suntikan perspektif baharu untuk memperkukuh ekosistem dan melahirkan kumpulan pakar yang lebih mantap,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Jason Tan Chin Foo telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran.

“Sejak menyertai BESarawak pada tahun 2012, Jason memainkan peranan penting dalam memperkukuh kehadiran Sarawak di peringkat global menerusi pelaksanaan inisiatif strategik yang sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Anedia Kahar yang merupakan salah seorang ahli pasukan perintis sejak tahun 2006 telah dilantik sebagai Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Perkhidmatan.

“Sebelum ini, beliau menjawat jawatan Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Penyelidikan dan telah banyak menyumbang dalam pelaksanaan rangka kerja Legacy Impact Sarawak serta memajukan strategi prestasi acara,” ujarnya.

Tambahnya, pelantikan Joachim Soon sebagai Pengurus Besar Kapasiti dan Pendigitalan juga bakal menerajui pembangunan bakat dan inovasi digital.

“Pengalaman luas Joachim dalam bidang latihan, komunikasi dan pelibatan digital dijangka menyokong pertumbuhan masa depan ekosistem acara perniagaan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Amelia menegaskan bahawa perkembangan ini mencerminkan komitmen BESarawak terhadap pertumbuhan organisasi dan visinya untuk meletakkan Sarawak sebagai peneraju global dalam acara perniagaan berasaskan impak legasi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu