ARTIKEL

TAHAN…Antara dadah yang dirampas polis pada 25 November lalu.

Tiga lelaki ditahan bersama dadah di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga lelaki tempatan ditahan polis di kawasan Petanak, di sini pada 25 November lalu bersama dengan dadah jenis methamphetamine seberat 5.50 gram, dianggarkan bernilai RM605.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi dijalankan sekitar 1.20 tengah hari oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam.

“Polis menahan sebuah kereta yang mencurigakan, dan pemeriksaan mendapati sembilan paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki methamphetamine dengan berat keseluruhan 5.50 gram.

“Ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 35 tahun turut diuji air kencing awal dan didapati positif methamphetamine dan amphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson menambah, dua daripadanya tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala seorang lagi pernah disabitkan kesalahan berkaitan dadah sebelum ini.

Beliau berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan antara tiga hingga sembilan jika sabit kesalahan.

“Semua suspek direman empat hari bermula esok bagi membantu siasatan.

“Orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan dadah melalui hotline JSJN di 012-208 7222 atau JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211, bagi membantu memerangi ancaman dadah demi generasi kini dan akan datang,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU