ARTIKEL

Kredit: JBPM

Tiga lelaki melecur dalam kebakaran kilang bancuh cat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KULAI: Tiga lelaki termasuk seorang warga Bangladesh melecur dalam kebakaran sebuah kilang membancuh cat di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, di sini petang tadi. 

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Fauzi Awang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 2.13 petang, sebelum 46 anggota bersama jentera terlibat digegaskan ke lokasi kejadian. 

Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di tempat kejadian mendapati kebakaran berlaku melibatkan kilang berkeluasan 30×60 kaki persegi. 

“Kebakaran itu telah memusnahkan 95 peratus kilang berkenaan serta merebak ke dua kilang bersebelahan dan musnah 25 peratus, manakala sebuah jip, tiga kereta, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), sebuah lori serta sebuah forklift turut terbakar 80 peratus. 

“Terdapat tiga mangsa melecur akibat kebakaran dan telah dibawa ke hospital menaiki ambulans Kementerian Kesihatan. Bagaimanapun, maklumat mangsa tidak diperoleh,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 7.22 malam. – BERNAMA 

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu