ARTIKEL

Tiga lelaki samun kedai barangan kitar semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian sedang mengesan tiga lelaki disyaki menyamun kedai barangan kitar semula di Tarat Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, ketiga-tiga suspek itu memasuki premis berkenaan kira-kira jam 4.40 petang melalui pintu belakang.

Katanya, mereka telah mengacu pisau kepada pekedai dan mengarahkan untuk membuka laci lalu mengambil wang tunai sebanyak RM5,000 serta telefon bimbit jenis Iphone 13, kad pengenalan dan dokumen kedai.

“Setelah itu, suspek telah melarikan diri dengan menggunakan kereta jenis Toyota Vios berwarna biru.

“Suspek dipercayai berbangsa Melayu berdasarkan loghat percakapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Aswandy berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Justeru katanya, pihak polis menyeru kepada masyarakat awam menyalurkan maklumat sekiranya ada maklumat berkaitan kejadian ini.

BERITA LAIN

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual