Tiga lelaki terselamat dalam kemalangan kendiri di Miri

MIRI: Tiga lelaki terselamat selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di simpang jalan ke Marudi di sini, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang, sebuah kenderaan pacuan empat roda didapati terbabas ke tepi jalan.

Bagaimana pun, kesemua mangsa dilaporkan terselamat dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan ambulans.

Menurut sumber, susulan insiden itu, salah seorang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala dua lagi mangsa hanya cedera ringan saja.

Punca kemalangan terbabit belum diketahui dan masih dalam siasatan.

Suara Sarawak