ARTIKEL

MUDAH BERGERAK… Warga asing menunggu pengangkutan awam di Stesen Komuter Shah Alam. - Foto Fail BERNAMA

Tiga lelaki warga asing maut dilanggar komuter

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki, iaitu dua warga Bangladesh dan seorang rakyat Myanmar, maut selepas dipercayai dirempuh komuter dalam insiden di landasan KTM Puncak Utama Jade Hill, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Wan Mohd Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada 10.53 malam. 

Katanya, satu jentera bomba dengan lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang digerakkan ke lokasi kejadian. 

“Kesemua mangsa berumur lingkungan 30 hingga 40-an tidak tersepit namun tercampak ke sisi landasan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata operasi tamat pada jam 12.15 pagi dan kes diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, polis mengesahkan ketiga-tiga mangsa itu adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Mohamad Nasir Drahman, berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Kesemua mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ariffin di talian 012-2444608 bagi membantu siasatan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada